slide

Jiwa Tenteram

slide

Jiwa Tenteram

SLIDE

Jiwa Tenteram.

slide

Jiwa Tenteram

silde

Jiwa Tenteram

Kalau Anda Tahu 8( Zon Keselesaan)- Arif Billah Ustaz Hj. Hussien B. Abd...

Kalau Anda Tahu 7- Arif Billah Ustaz Hj.Hussien B. Abdul Latiff

Kalau Anda Tahu 6- Ariff Billah Ustaz Hj. Hussien B. Hj. Abdul Latiff

Kalau Anda Tahu 5- Arif Billah Ustaz Hj. Hussein B. Abdul Latiff

Kalau Anda Tahu 4- Ariff Billah Ustaz Hj. Hussien B. Abdul Latiff

Kalau Anda Tahu 3-Arif Billah Ustaz Hj. Hussien B. Abdul Latiff

Kalau Anda Tahu 2 - Arif Billah Ustaz Hj.Hussien b.Abdul Latiff

Kalau Anda Tahu 1- Arif Billah Ustaz Hj. Hussien B. Abdul Latiff

Kalau Aku Tidak Buta-1-Arif Billah Ustaz Hj. Hussien B. Abdul Latiff

Islam & Sains 1 - Ariff Billah Ustaz Hj. Hussien B. Abdul Latiff

TANDA-TANDA(FIRASAT 9-PRT 2)-ARIF BILLAH USTAZ HJ. HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

Alhamdulillah, setelah menunjukkan dan menggumpel buka kealpaan kita kehadrat Allah swt. Dalam syarahan bhg 2 AB Ustaz Hj. Hussien memberi dan menunjukkan pula cara utk menggatasinya. Selemat menonton.

TANDA-TANDA(FIRASAT 9 PART 1)-ARIF BILLAH USTAZ HJ. HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

Alhamdulillah,Syarahan kali ini adalah "Satu Sentuhan Arif Billah"(Touched of A Master). AB Ustaz Hj. Hussien, mengumpel lebih mendalam kelemahan diri insan yang sering lalai dari menggigati kepada Allah swt. Pekerjaan seharian menjadi KEBIASAAN(Rutin) lantas ia menjadi punca kelalaian dari menggigati Allah swt.

TANDA-TANDA (FIRASAT 8) - ARIF BILLAH USTAZ HJ. HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

Alhamdulillah, setelah diberi pengenalan terhadap Allah swt, kita tiada buta lagi, adakah sama orang yg buta dgn orang yg melihat.Disingkapkan tabir mata dari sifat lalai kpd penglihatan yg amat tajam. Setelah bermakrifatullah dgn sebenar benar pengenalan, Insyaallah akan diajarNya kpd kita akan suatu ilmu yg tiada lagi sesudahnya sifat kejahilan. Allahu Akbar, Allahu Rabbul A'lamin. Amin.

TANDA-TANDA (FIRASAT 7)-ARIF BILLAH USTAZ HJ. HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

Alhamdulillah AB Ustaz Hj.Hussien membawa anda setingkat naik, menyambung lagi akan syarahan Tanda-tanda.setelah menggenal akan tanda2 yg ada, AB Ustaz Hj. Hussien, menggajak anda, antara lain, bagaimana utk menggertikan ungkapan "Senyum Makrifat". Teruskan bersama kami.

TANDA-TANDA (FIRASAT 5&6) - ARIF BILLAH USTAZ HJ. HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

Alhamdulillah, Didalam syarahan Firasat 5, AB Ustaz Hj. Hussien membawa anda setingkat lagi tinggi dari sebelumnya. AB Ustaz membawa anda satu pusingan 360darjah pada pandangan ciptaan kepada pandangan Ilahi.

TANDA-TANDA (FIRASAT 4) - ARIF BILLAH USATAZ HJ. HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

Alhamdulillah, Syarahan ini adalah kesinambongan pd syarahan Firasat 3. menunjukkan kpd kita TANDA-TANDA ALLAH SWT BERADA DIMANA-MANA SAHAJA. sebagaimana kekata AB Ustaz Hj. Hussien.

" TANDA-TANDA
Didalam Al Quran Berupa Firman-firman Allah swt.
Diluar, dipersikitaran BerupaTanda-tandaNya.
Didalam Al Quran Anda kenal Firman-firman Nya,
Diluar persikitaran, Anda Mesti Kenal Akan Tanda-tanda Nya.

TANDA-TANDA (FIRASAT 3)- ARIF BILLAH USTAZ HJ. HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

Alhamdulillah, Firasat 3 membentangkan ayat ayat Al Quran, Tanda-Tanda kebesaran Allah swt. Tanda Tandanya amat jelas, pada siapa yang diberi petunjuk.

TANDA-TANDA (FIRASAT 2) - ARIF BILLAH USTAZ HJ. HUSSIEN B. HJ. ABDUL LATIFF

Alhamdulillah,Pada para jemaah yg setia dengan syarahan Makrifatullah kami,. Syarahan bersiri Tanda-Tanda ini harus diikuti sehingga keakhir Sirinya (supaya mengerti apa yg hendak disampaikan), iaitu akan diputuskan berapa banyak jumlahnya oleh AB Ustaz Hj. Hussien, yang ada sekarang adalah 8. Insyaallah apabila siap setiap satu akan dimuat naikkan dengan segera.

MUHAMMAD RASULULLAH SAW (RAHMATUL LIL A'LAMIN) - ARIF BILLAH USTAZ HJ. H...

Syarahan yang membentangkan maksud yang lebih meluas apa yang dimaksudkan Rasulullah saw diturunkan sebagai Rahmatul lil a'lamin, saksikan.

TANDA-TANDA (FIRASAT 1) - ARIF BILLAH USTAZ HJ. HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

Setelah Syarahan Bersiri "Yang Satu"dan "Zikrullah" kini muncul pula Syarahan Bersiri berjudul "Tanda-Tanda". Syarahan Makrifatullah ini membawa anda melihat semua kejadian ada hikmahnya terutamanya kejadian yg buruk-buruk, dgn bersandarkan ilmu Makrifatullah yg telah dipelajari, ilmunya diaplikasikan kepada kejadian2 ini utk melihat disebalik pada yg zahirnya. Barulah terungkap HIKMAH disebalik yg tersirat.

1. SYARAHAN MAKRIFATULLAH(FULL MOVIE) - SEJARAH - Ustaz Hj. Hussien B. A...

Aslkm semua para jemaah sekelian. Dalam mengemas kini Syarahan Syarahan Ustaz Hj Hussien agar lebih tersusun dan mudah untuk di ikuti, semua syarahan syarahan ini akan diberi nombor siri seperti no 1,2,3 dan selanjutnya. semua ini adalah menggikut urutan Seminar Bersiri dan Tajuk dari seminar itu. Ini adalah Syarahan pertama yang menggenalkan anda menggenai Sejarah Ilmu Tassawuf. ini adalah video yang sama yang diupload terdahulu. Kini diuploadkan semula (Full Movie) semoga mendapat Keberkahan dan Keredhaan Allah swt, Insyaallah, Amin.Selamt menonton.

16. MAQAM (MAKRIFATULLAH) - ARIF BILLAH USTAZ HJ.HUSSIEN B. ABDUL LATIFF

15.Keredhaan2-Arif Billah Ustaz Hj. Hussien B. Abdul Latiff

AB Ustaz Hj. Hussien didalam syarahan yang bersambungan dari pertama, menyampaikan erti keimanan yang sebenar. Inilah puncak keimanan, puncak mencapai tahap kerohanian yang tinggi. Memahami bahawa diri tiada dan tiada pula ada campur tangan didalam urusan Allah yeng sentiasa Didalam Pengurusan.

14.Keredhaan1-Arif Billah Ustaz Hj. Hussien B. Abdul Latiff

Syarahan oleh AB Ustaz Hj. Hussien yang tak ternilai ini, memberitahu manusia, jin dan kesemua ciptaan, bahawa mereka ini tiada sedikitpun ada campur tangan didalam urusan mentadbirkan alam ini. Termasuklah hal ehwal diri manusia itu didalam kehidupan seharian mereka. Semua nya telah ditetapkan dari azali lagi. Tiada yg boleh diubah lagi.

13.PENYERAHAN 2(Makrifatullah)-Ariff Billah Ustaz.Hj.Hussien B. Abdul La...

12.PENYERAHAN 1(Makrifatullah)-ARIFF BILLAH UST. HJ. HUSSIEN B. ABDUL LA...

Kali ini Syarahan Penyerahan AriffBillah Ustaz Hj. Hussien membawa anda melangkah naik tangga kerohanian yang lebih tinggi. Banyak grafik2 digunakan untuk membantu anda mengikuti syarahan ini dgn mudah, InsyaAllah.

Makrifatullah 1 Part 2

Merungkai Kealpaan Manusia daripada menggigati Allah SWT.

AMBANG MAUT

Diantara tanda-tanda kematian bagi seseorang itu adalah:
1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
4. 7 hari : Mengidam makanan.
5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan ashar.
9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.

Menuju Ke Arah Keamanan Sejagat

A.  Makrifatullah dalam Islam
Makrifatullah adalah pengetahuan kerohanian yang mendalam yang membawa seseorang itu mengenal Allah. [1] Namun, Makifatullah bukan satu-satunya milik mutlak Islam. [2] Makrifatullah telah ada dalam tempoh pra Islam. Ahli-ahli Sufi sudah ada sebelum kedatangan Islam. [3] Ketika sudah diketahui bahawa Nabi Muhammad [saw] telah berhijrah ke Madinah membawa bersamanya agama Islam, sekitar 400 ahli Sufi daripada bukit-bukit dan lembah bertemu dengan Nabi Muhammad [saw] di Madinah untuk memeluk Islam di tangan Rasulullah. [4] Nabi Muhammad [saw] kemudian menempatkan mereka dalam Masjid dengan sahabat yang lain (yang tiada tempat tinggal selepas penghijrahan) dan mereka disebut sebagai “Ahli Sufah”. [5 ] Nabi Muhammad [saw] sangat mencintai mereka. Nabi Muhammad [saw] telah mengatakan bahawa makanan untuk dua orang, layak untuk tiga dan makanan untuk tiga orang, layak untuk empat dengan harapan para sahabat akan menjemput mereka (ahli Sufah) menyertai para sahabat semasa memakan atau meminum susu. [6] Pada waktu yang  lain pula, ia akan berkata bahawa makanan untuk satu ini layak untuk dua; makanan untuk dua layak untuk empat dan makanan untuk empat adalah layak untuk lapan. [7]
Makrifatullah menjadi hamparan yang kukuh untuk agama Islam. Ia memperkukuhkan lagi rukun Islam serta rukun Iman yang pertama dalam kepercayaan kewujudan satu-satu nya Tuhan iaitu Allah SWT. [8] Oleh kerana itu Nabi Muhammad [saw] berkata kepada para sahabat untuk mengajar orang-orang Yahudi, yang ingin memeluk Islam, mengenal Allah terlebih dahulu sebelum mengatakan kepada mereka bahawa sembahyang lima waktu sehari semalam adalah wajib. [9] Dari itu, keseluruhan ulama Islam menekankan bahawa hal pertama dalam agama (Islam) adalah mengenal Allah. [10] Dengan ini, Imam Ghazali pernah berkata bahawa adalah wajib bagi seseorang untuk mengetahui siapa yang dia sembah sebelum dia menyembahnya . [11]
Sementara kita menerima bahawa Makrifatullah itu telah ada selama tempoh pra Islam dan kemudian melampaui ke masa Islam, namun sebuah fenomena aneh muncul pada akhir abad ketiga dan awal abad keempat Hijrah. Untuk pertama kalinya dalam Sejarah Islam inovasi baru (Bidaah) yang disebut “Tariqat” (Jalan) timbul. [12] Sebelum munculnya Tariqat, cara kebiasaan mengajar ilmu untuk mencapai Makrifatullah adalah melalui syarahan langsung. Hal ini dilakukan oleh seorang guru yang duduk di sebuah kerusi menyebarkan Makrifatullah kepada kumpulan individu-individu yang duduk mengelilinginya dalam lingkaran bulat. [13] Dengan munculnya “ Tariqat”, syarahan-syarahan yang tersebut di atas digantikan dengan sistem baru. Sistemnya adalah sebagai berikut:
1. Guru yang diberi nama Mursyid atau Syeikh (untuk membezakan mereka dengan guru-guru Makrifatullah yang awal atau asli yang tidak termasuk dalam “Tariqat”). [14]
2. Tariqat ini dinamakan daripada nama pengasas mereka. Jika nama Pengasas Thaifur, Tariqatnya adalah Thaifuriyah. Jika nama Pengasas Nuri, Tariqatnya adalah Nuriyah dan sebagainya. Dari saat itu, maka terciptalah Tariqat Thaifuriyah atau Tariqat Nuriyah dan sebagainya. [15]
3. Tariqat mempunyai gambar rajah yang menunjukkan nama-nama Mursyid / Syeikh dalam cara susunan naik. Mulai dari Mursyid / Syeikh yang berada di bawah garis dan kemudian naik ke gurunya, guru kepada gurunya dan seterusnya sampai mencapai kepada Nabi Muhammad (saw). Gambar rajah ini disebut sebagai “Silsilah”. [16] Syah Waliyullah meragukan keaslian Silsilah dan mengatakan bahawa tidak ada bukti bahawa ia turun daripada Sayidina Ali (ra). [17] Hingga kini, tidak ada satu pun catatan daripada Nabi [saw] atau para sahabat pernah menyebutkan atau menyentuh amalan “Silsilah”.
4. Untuk mengelakkan pelajar-pelajar mereka meninggalkan gerakan, mereka mengambil perjanjian kesetiaan daripada pelajar-pelajar mereka. Perjanjian kesetiaan ini disebut “Baiat” [18]. Amalan ini dianggap sangat serius hingga beberapa Tariqat menganggap tindakan menukar Mursyid / Syeikh sebagai “murtad” di bawah Syariah (Hukum Islam). Ini adalah salah satu-satu sebabnya Ulama Islam menyatakan bahawa Tariqat mempunyai Syariah mereka tersendiri berasingan daripada Syariah (Hukum Islam) yang telah ada. [19]
5. Para pelajar yang disebut sebagai “derwisi” diberi latihan kerohanian melalui meditasi. Dimulai dengan zikir lisan yang melibatkan mengulangi frasa tertentu atau kata-kata. Ini adalah peringkat yang terendah dan untuk mereka yang baru. Namun, diketahui bahawa banyak daripada para derwisi merasakan bahawa mereka telah sampai ke peringkat tinggi walaupun mereka berada di peringkat permulaan. Di peringkat permulaan ini, ia melibatkan mengulangi frasa atau kata-kata tertentu hingga 100,000 kali atau lebih dalam sehari. Jika ini tidak diselesaikan, ia akan dibawa ke depan ke hari berikutnya dimana ia akan ditambah kepada 100,000 pengulangan berikutnya. Selain dari zikir, kebanyakan Tariqat tidak mengadakan sebarang kuliah atau syarahan atau bimbingan berhubungan dengan Makrifatullah. Oleh kerana zikir ini sangat membosankan berserta dengan ketiadaan kuliah/syarahan/bimbingan yang diberikan berhubung dengan Makrifatullah,  Ahmad Sirhindi telah mengatakan bahawa banyak daripada para derwisi ini terdampar di tepi jalan bahkan ada yang tersesat. [20]
Dari zikir lisan ia akan kemudian pergi ke hati. Meskipun mereka percaya bahawa hati yang mengulangi kalimat atau frasa-frasa tertentu, tetapi sebenarnya apa yang berlaku ialah pengulangan secara mental diserentakkan dengan detak jantung. Pada tahap ini sekiranya tidak ada peningkatan, tindakan mengulangi kalimat atau frasa-frasa akan membuat hati menjadi teransang lalu membuat derwisi itu menjadi panas baran tidak menentu. [21]
Dari hati, zikir menjadi sebuah “rahasia” (Sirr). Ini tidak lebih dari pengulangan kalimat atau frasa-frasa dalam minda. [22] Para derwisi harus terus melakukan hal ini hingga ia merasakan dorongan untuk tetap diam (berhenti mengulangi kalimat atau frasa-frasa ). Mereka kemudian akan duduk dalam diam dan menunggu pintu makrifatullah terbuka bagi mereka. [23]
6. Bagi Shaikh Moulay Al Arabi Ad Darqawi, beliau menunggu selama satu bulan dan beberapa hari sebelum Ilham Ilahi, “Aku Yang Awal dan Aku Yang Akhir, Aku Yang Zahir dan Aku Yang Batin,” [Al-Hadid (57): 3 ] datang dan selepas mendapat makna sebenar Ihlam itu maka barulah ia mencapai Makrifatullah. [24] Sayang sekali, sekiranya sudah ada orang (seperti di jalan tasawuf awal/asal menerusi syarahan) menjelaskan kepada Shaikh Moulay Al Arabi Ad Darqawi makna sebenar ayat-ayat (Al-Hadid (57): 3) itu, ia tidak perlu menunggu satu bulan dan beberapa hari untuk mencapai makrifatullah.
Dan Imam Ghazali kesal kerana kebanyakan derwisi tidak mencapai pengenalan yang hakiki  ini walaupun menunggu begitu lama. Dari itu banyak derwisi telah mensia-siakan kehidupan mereka semasa menunggu. Sebahagian bahkan terlibat dalam khayalan dan dunia fantasi. [25]
7. Setelah bermakrifah, para derwisi diberi segulung Ijazah yang bererti mereka telah lulus dan Silsilah dengan namanya ditulis di dalam Silsilah sebagai Mursyid;  lalu diberinya sebuah kitab mengenai wirid (Khirqatul Wirid); sehelai pakaian  daripada Guru Mursyid sebagai tanda barakah (Khirqatul Tabaruk) dan wasiat daripada Mursyid baginya dan upacara “Talqin” diadakan sebelum ia dilepaskan. [26]
Dengan munculnya Tariqat, ada pendekatan baru (selain dari cara lama) dalam penyebaran Makrifatullah Islam. Ahmad Sirhindi menamakan pendekatan lama sebagai “Jalan Nabi Nabi” dan pendekatan baru sebagai “Jalan Wali Wali.” [27] Pengamal Makrifatullah cara lama menolak dan tidak dapat menerima Jalan (Tariqat) ini.  [28] Ini adalah sesuatu yang asing bahawa untuk mengenal akan Allah, seseorang harus mengambil perjanjian kesetiaan dan melalui beberapa tahap zikir. Untuk menambahkan penghinaan , Penambahan lain dicipta. Seseorang itu harus melalui 4 tahap untuk mengetahui Allah, Iaitu: i) Syariah, ii) Tariqat, iii) Hakikat dan iv) makrifat. Ini jelas bertentangan dengan nasihat yang disampai oleh Nabi Muhammad [saw] kepada sahabat sahabat Baginda, untuk mengajar orang-orang Yahudi (yang ingin memeluk agama Islam) untuk mengenal Allah terlebih dahulu sebelum mengatakan kepada mereka solat 5 kali itu wajib. Hal ini juga bertentangan dengan nasihat daripada ulama Islam Lama (Khalaf) dan kontemporari (Baru/Salaf) bahawa hal pertama dalam agama ialah mengenal Allah. Jika untuk mengenal Allah itu sangat sukar , dalam masa yang singkat Islam sebagai Agama akan terhapus (lenyap).
Memperburukan lagi suasana yang tegang, timbul lagi pembaruan dalam Tariqat. Kepercayaan bahawa manusia boleh menjadi Allah (Baqabillah/ittihad) melalui zikir adalah sebuah penghasilan baru. [29] Hujah mereka ialah bahawa sama seperti besi yang tersangat panas, tidak ada perbezaan antara besi panas dan api. [30] Setelah mereka menjadi Tuhan, kedudukan mereka melebihi daripada Nabi Muhammad [saw]. [31] Di samping itu, Syariah tidak boleh diterapkan kepada mereka, kerana mereka sekarang sudah menjadi Tuhan. [32] Dengan sedemikian, segala Rukun Islam dan Rukun Iman luput daripada mereka. Jadi mereka tidak perlu melakukan solat, puasa, membayar zakat, menunaikan fardhu haji.  Hukum hukum Syariah dalam hal Halal atau Haram dimansuhkan keatas mereka. Akhirnya, sebahagian daripada mereka menghalalkan ibu mereka sendiri. [33]
Hingga saat ini banyak yang mengaku menjadi Tuhan tetapi malangnya, dengan semua masalah yang dihadapi umat Islam, baik tempatan mahu pun antarabangsa, tidak ada yang bertindak untuk menyelesaikannya. Mungkin mereka sekarang harus ke depan dan membawa damai di dunia serta menyelesaikan masalah-masalah ekologi yang dihadapi dunia sekarang ini. Pastinya, tiada siapa yang akan kedepan . Dengan demikian akan terlihat betapa konyol dan bodohnya perakuan mereka itu. Lucunya, mereka ada pengikut!
Seolah-olah pembaharuan yang diterangkan dalam perenggan diatas tidak mencukupi, mereka mengistiharkan kepada umum bahawa mereka telah menjadi Tuhan, dengan melaungkan secara terbuka kata-kata, “Akulah Yang Maha Benar!”, [34] “Akulah Allah!” [ 35] “Akulah Yang Maha Tinggi, alangkah Agungnya Aku!” [36] “Aku Yang Maha Berkuasa keatas setiap ciptaan!”. [37] Mansur Al Hallaj, Hamzah Fansuri dan Syeik Siti Jenah dihukum mati di bawah hukum Islam kerana berani mengisytiharkan diri sebagai Tuhan. [38]
[1] Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 1, 94-97 (1981).
[2] Abu Al Wafa Al Ghamini Al Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam, 2 (1996).
[3] MM Shariff, Sejarah Islam Dari Segi Falsafah, 314 (1994).
[4] Zainal Ariffin Abbas, Ilmu Tasauf, 51(1991); Mohd Sulaiman Hj Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf (Pengantar), 30 (1997).
[5] Akram Diya Al-Umari, Masyarakat Madinan pada masa Nabi Vol.1, 86 (1991).
[6] Terjemahan  Sunan At Tirmidzi, Buku 3, 368 (1994).
[7] Terjemahan  Sunan At Tirmidzi, Buku 3, 369 (1994).
[8] Terjemahan Sahih  Muslim Bk. 1, 4 -5 (1994).
[9] Terjemahan Sahih Muslim Bk.1, 28 (1994).
[10] Al Quraisy An Naisaibury, Risatul Qusyairiah, 8 (1997); Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Sirrur Asrar, 17 (1997).
[11] Imam Ghazali, Minhajul Abidin, 24 (1997).
[12] Abu Al Wafa Al Ghanimi Al Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam, 19 (1996).
[13] Abu Al Wafa Al Ghanimi, Perkembangan Tasawwuf Islam, 19 (1996).
[14] Aboebakar Atjeh,  Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, 49 (1977).
[15] Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 110 (1976)
[16] Aboebakar Atjeh,  Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, 49 (1977).
[17] G N Jalbani, Pengajaran Shah Waluyullah dari Delhi, Op cit, 84.
[18] Aboebakar Atjeh,  Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, 49 (1977).
[19] Id, 321.
[20] Muhammad Abd Haq Ansari,  Op Cit, 90.
[21] Penulis melihat sendiri kesan yang terjadi keatas keluarganya yang menggamalkan Jalan Tariqat.
[22] Aboebakar Atjeh, Op cit, 50.
[23] Ibid.
[24] Abd Qadir Al Sufi, The Way of Muhammad, 169-179 (1997).
[25] Imam Ghazali, Keajaiban Hati, 47 (1979).
[26] Aboebakar Atjeh, Op cit, 50.
[27] Muhammad Abdul Haq Ansari, Sufism and Shariah, 211 (1986).
[28] M.M. Shariff, SejarahIislam Dari Segi Falsafah, 317 (1994).
[29] Abu Al Wafa Al Ghanimi Al Taftazani, op cit, 129.
[30] Mohd Sulaiman Hj Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, 150 (1992); Mohd Sulaiman Hj Yasin, Mengenal IlmuTasawuf 2, 141 (1992).
[31] Zakaria Stapa, Tokoh Sufi dan Penyelewangan Akidah, 69 (1998).
[32] M.M. Shariff, op cit, 318.
[33]Abu Hasan Ali Nadwi, Penyelamat Kerohanian Islam, 213 (1993).
[34] Zakaria Stapa, Tokoh Sufi dan Penyelewangan Akidah, 99 (1998).
[35] MB Rahimsyah AR, Wali Songo Perjuangan dalam Dakwah Islam, 235 (2000).
[36] Ibid.
[37] Ibid.
[38] Hj Aboebakar Atjeh, Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, 282,283 (1977); MB Rahimsyah AR, Wali Songo Perjuangan dalam Dakwah Islam, 230 (2000).

Copyright © 2013 Hussien bin Abdul Latiff



March 23rd, 2010 — 04:15 am
Memandangkan mursyid boleh menjadi Tuhan, sebahagian pengikut Tariqat ‘membayangkan’ wajah mursyid mereka dalam semua ibadah mereka (Rabitah). Namun, sebahagian pula mendakwa  mereka melakukannya demikian kerana  mursyid mereka juga akan membayangkan mursyidnya dan mursyidnya akan membayangkan mursyidnya dan seterusnya hingga ke Nabi Muhammad [saw].Oleh kerana Nabi saw telah melihat Allah semasa Mikraj, justeru itu dengan amalan demikian mereka ibadah seolah-olah mereka melihat Allah (Ihsan). [1] Kenyataan Rasulullah (saw) melihat Allah swt semasa mikraj di bidas keras oleh Aishah( isteri nabi saw) yang mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan bahawa Nabi saw telah melihat ALLAH swt semasa mikraj, telah melakukan kesalahan (dosa) besar kepada ALLAH swt, kerana Nabi saw tidak melihat ALLAH swt.[2] Malah Nabi saw menafikan melihat ALLAH swt dan mengatakan ada Tirai Nur sekiranya Tirai ini terangkat sesiapa yang melihat DZAT akan sirna(hancur).[3] Kerana itulah ALLAH swt berfirman bahawa DIA berkomunikasi dengan ciptaanNYA di balik tabir atau melalui wahyu ataupun ilham.[4] ALLAH swt mengharamkan mengangkat orang salih sebagai sekutuNYA.[5] ALLAH swt juga memerintahkan kita untuk mengingatiNYA dan tidak pada yang lain di dalam peribadatan kita [6] termasuk semasa berzikir.[7] Mengingati yang lain untuk mengantiNya dengan sengaja dalam ibadah kita adalah menyekutukanNYA (syirik), ini adalah dosa yang tiada pengampunannya.[8] Bahkan mengingati yang lain dengan tidak sengaja semasa beribadah boleh mendatangkan syirik dalam bentuk yang halus.[9]
Selain itu, timbul pula fahaman baru. Kali ini manusia dapat menjadi  “manusia sempurna” jika jiwa Nabi kita masuk kedalam tubuh nya.[10]
Pada permulaannya, kenapa harus jiwa Nabi kita masuk ke dalam tubuh orang lain? Kedua, mengapa jiwa Nabi yang suci memasuki tubuh lain yang pasti nya tidak setaraf dengan kesucian jiwa Nabi? Ketiga, mengapa “manusia sempurna” hanya datang daripada golongan orang-orang Tariqat sahaja? Keempat, mengapa tidak seorang pun sahabat nabi diistiharkan telah menjadi manusia sempurna? Kelima, Nabi saw mengatakan bahawa “umat terbaik” adalah pada zaman baginda kemudian zaman selepasnya kemudian zaman selepas mereka. Pendapat “manusia sempurna” terlahir pada masa kemudiannya.  Justeru itu tidak ada umat yang terbaik yang menjadi “manusia sempurna”. Keenam, nabi saw ada mengatakan bilamana kita memberi “salam “ kepada baginda, ALLAH mengembalikan jiwanya untuk menjawab salam kita.[11] Jika demikian, jiwa Nabi tidak sentiasa ada untuk memasuki ke dalam tubuh orang lain.
Kemudian ada pula tariqat secara terbuka menganut konsep “Wahdatul Wujud” dan menjadikan nya sebahagian dari ajaran mereka. Fakta-fakta bahawa konsep ini telah ditolak oleh Sayidina Ali dan bahawa pemimpin (Ibnu Saba) dan para pengikutnya telah dihukum dengan berat oleh Sayidina Ali tidak dipertimbangkan. [12]
Kemudian ada Tariqat lain yang secara terbuka menganut konsep “Nur Muhammad” meskipun Cendekiawan Islam terkemuka Dr Yusuf Qardawi berpendapat bahawa tidak ada sumber dalam Quran atau Sunnah yang menyokongnya. Dengan itu, ianya tidak boleh dijadikan dasar keyakinan kita (aqidah). [13]
Seperti disebutkan sebelumnya, Nabi Muhammad [saw] telah berkata bahawa yang terbaik “umat” itu adalah di zamannya (Sahabat), selepas itu di zaman Pengikutnya (Tabiin) dan selepas zaman mereka (Pengikut Tabiun). [14] Nabi juga mengatakan bahawa akan datang selepas baginda, orang-orang yang akan membawa pembaruan (dalam agama). [15] Baginda menambah bahawa kita perlu menjauhi pembaruan (dalam agama) kerana pembaruan akan menyesatkan kita. [16] Memang benar sabda baginda, diakhir abad ketiga dan pertama kalinya dalam Sejarah Islam, Tariqat timbul. Ia adalah satu pembaruan (Bidaah).
Selain pembaruan, Tariqat telah salah menafsirkan makna “Qalb”. Bagi mereka “Qalb” merujuk kepada jantung. Salah tafsir ini menyebabkan ramai terkeliru dan dengan itu mereka berusaha untuk mengingati Allah melalui jantung. Sesungguhnya jantung tidak mempunyai fungsi untuk mengingat justeru itu, ramai tidak dapat mencapai kekhusyukan dalam ibadah mereka. Imam Ghazali menegur orang-orang tariqat untuk memperbetulkan salah tafsiran mereka mengenai Qalb namun tidak berjaya. [17] Kepada Imam Ghazali, “Qalb” merujuk kepada minda dan bahawa fungsi mengingat adalah dengan minda bukan jantung. [18] Oleh kerana itu Allah telah menegur Jinn dan Manusia yang mempunyai hati (minda)tetapi tidak menggunakannya untuk memahami (perintah Allah). [19] Kalau Qalb itu adalah Jantung/hati dan mempunyai fungsi berfikir dan mengingat maka pergilah ke Instituit Mental dan suruh orang-orang gila itu mulai pakai jantung/hati untuk berfikir dan jangan pakai minda mereka yang sudah miring. Justeru itu, ramai dari penghuni-penghuni dapat dilepas kembali ke pangkuan masyarakat terutama keluarga mereka.
Kekeliruan lain daripada Tariqat ialah penekanan pada sebutan lisan dalam zikrullah (mengingati Allah). Dengan itu. walaupun ahli-ahli tariqat beremosi berzikir dengan lisan namun ini tidak ada erti tanpa mengingati Allah. Ironisnya, mantra yang mereka sebutkan juga sama sekali tidak bermakna kerana bukan bahasa arab atau manusia atau jin seperti, “Eh Eh, Ah ah, Hu Hu” dan sebagainya [20] Untuk memburukkan lagi keadaan, jantung diberikan fungsi zikir yang sesungguhnya fungsi ini tidak ada.
Imam Ghazali pernah berkata bahawa adalah wajib bagi seseorang untuk mengenal Allah sebelum menyermbahNYA. [21] Dia kemudian menambah bahawa sesudah mengenali Allah, seseorang itu akan belajar dan berusaha keras untuk memperbaiki ibadahnya. [22] Dengan itu, kalau hendak mengenali Allah adalah sesuatu yang  tidak dapat ditanggapi oleh orang-orang biasa kerana ianya hanya tercapai bagi mereka yang cukup tinggi (alim) dalam agama mereka, maka bilakah orang-orang biasa boleh mulai mengenal Allah dan belajar untuk meningkatkan ibadah mereka? Oleh kerana itu untuk menegaskan bahawa seseorang hanya dapat mengenal Allah melalui Mursyid (Tariqat) dan selepas melakukan dzikir selama bertahun-tahun sebelum menunggu inspirasi yang membawa pengenalan, yang mungkin atau mungkin tidak datang, sebenarnya menempatkan penghalang yang menghalang orang yang ingin mengenal Allah swt. Ini adalah satu pembaruan yang buruk (Bidaah Dalalah).
Jika seseorang harus menghabiskan sebahagian besar masa atau seumur hidupnya menyebut-nyebut nama Tuhan “Allah” atau Nama atau SifatNya yang lain untuk mengenalNya maka bilakah dia akan melakukan ibadah-ibadah yang lain terutamanya ibadah Sunat  seperti  bertahajud, puasa, membaca Al Quran, mengingati Allah, amal jariah dan amal-amal yang lain?
Tambahan pula, bilakah ia akan mempelajari ilmu-ilmu lain yang akan membantunya mencari nafakah untuk dirinya dan keluarganya? Memikirkan hal ini membuat  Imam Ghazali  berasa sedih. [23]
Mengapa  perlu menunggu ilham untuk “pengenalan” yang mungkin atau mungkin tidak datang, apabila ilham-ilham yang turun berkait dengan ayat-ayat al Quran seperti, ” Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin” [24] ; “Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada” [25] dan lain-lain, dimana maknanya dengan mudah dapat diperjelaskan (seperti dalam Perjalanan Tasawuf Awal/Jalan Nabi-nabi).
B. Qadha dan Qadar (Takdir)
Sekarang kita akan menyentuh tentang masalah Qadha dan Qadar. Yang pertama, ia telah menjadi Rukun Iman yang ke enam, jadi bagaimana kita boleh menukar-nukar atau merubah- rubahnya? [26] Jika masih boleh menukar atau merubah maka ia tidak berakhir dan kerana itu tidak boleh menjadi Rukun Iman. Kedua, jika ianya boleh bertukar dan berubah, maka Allah bukanlah Yang Maha Bijaksana kerana Dia tidak menjangkakan penukaran dan perubahan yang akan terjadi dalam RencanaNya. Ketiga, sekiranya banyak pertukaran dan perubahan berlaku maka Rencana Allah mempunyai banyak tanda pembetulan. Keempat, jika ianya boleh bertukar dan berubah , maka perintah-perintah-Nya bahawa Dia tidak lupa walaupun sebesar zarah/atom dalam Rencana Nya [27] ataupun RencanaNya adalah mutamad dan tiada boleh diubah lagi[28] adalah omongan kosong belaka. Kelima, jika kita mampu menukar dan merubah ketetapanNya mengikut kesesuaian dan pandangan kita sendiri, maka kita adalah lebih pandai dan bijak daripada Allah Yang Maha Bijaksana. Dalam konteks ini, firmanNya bahawa segala sesuatu bertindak sesuai dengan KehendakNya [29] perlu semakan semula.
Namun begitu, jika Rencana Ilahi tidak muktamad kita mungkin mengalami masalah besar. Pertama, mungkin sifat lahiriah akan  berpindah-pindah tempat setiap hari dan setiap saat. Kita tidak dapat mengetahui di mana mulut, telinga, hidung dan lain-lain anggota kita berada pada waktu-waktu tertentu. Demikian pula, kita tidak akan tahu dimana panca indera kita seperti penglihatan, pendengaran, rasa dan lain lain berada pada waktu-waktu tertentu. Dapatkah anda bayangkan masalah yang akan berlaku jika pada suatu pagi, tangan anda memutuskan untuk menjadi kaki dan mata anda memutuskan untuk menjadi telinga anda? Dengan itu, kita semestinya berterima kasih kepada Allah swt, ke atas KetentuanNya. Kedua, dengan KetentuanNya, haiwan melahirkan sejenisnya. Cuba anda bayangkan kekecohan yang akan berlaku sekiranya seekor keledai melahirkan seekor zirafah atau, seekor rusa melahirkan gajah! Ketiga, kita juga bersyukur kepada Allah atas KetentuanNya, cuba anda bayangkan jika semua air minuman memutuskan untuk menjadi keras seperti besi atau besi memutuskan untuk menjadi selembut air. Keempat, kita bersyukur kepada Allah ke atas KetentuanNya, apa jua yang telah dilakukan semalam kesemuanya dapat dilanjutkan ke hari ini. Cuba anda membayangkan apa yang akan terjadi jika apa yang telah anda lakukan semalam lesap? Cuba anda bayangkan jika hal demikian berlaku kepada industri pembinaan dan pembangunan, harta intelektual, pendidikan dan lain-lain? Kelima, cuba kita bayangkan pergolakan yang akan berlaku sekiranya kita bangun dari tidur dan suara kita memutuskan untuk bertutur  bahasa yang asing sama sekali. Cuba bayangkan seorang daripada sebuah keluarga Tionghua di China bangun tidur dan bertutur bahasa orang asli dari Amazon (Brazil). Atau, seorang daripada sebuah keluarga Eskimo bangun tidur dan berbahasa Jawa? Keenam, beranikah anda  bayangkan jika sistem Tata Suria mengingkari putarannya dan Matahari memutuskan untuk melihat Bumi dari jarak dekat? Kerana itu kita mesti banyak bersyukur kepada Allah kerana KetentuanNya!
Justeru itu, apakah kita masih berfikir bahawa kita ini pintar serta mahu mengubah takdir? Atau adakah kita menaruh sepenuhnya kepercayaan kepada Allah dalam hal ini. Dia tahu apa yang Dia lakukan tanpa perlu bantuan daripada ciptaan-Nya. [30] Maka Dia telah berfirman bahawa Dia tahu apa yang kita tidak tahu. [31] Oleh kerana itu ia memerintahkan Nabi  [ 32] dan semua orang-orang yang beriman [33] untuk menyerah sepenuh kepercayaan serta beriman sepenuhnya kepadaNya.
Setelah kita mengimani bahawa Dia adalah Yang Maha bijaksana dan Rencana Nya adalah sempurna dan lengkap serta  menyerah sepenuh kepercayaan dan beriman secara keseluruhan kepadaNya, barulah Dia akan mengajar kita apa yang kita tidak mengetahui. Justeru itu, kita mulai menyedari bahawa Takdir itu mempunyai  pelajaran, pengetahuan, ilmu dan faedah-faedah yang lain yang dapat kita memperolehi jika kita yakin kepada Qadha dan QadarNya. Akhirnya, kita menyedari bahawa Takdir itu adalah nikmat kesemuanya (dan bukan sebaliknya) daripada Allah swt. Sebuah contoh, seseorang yang mengambil ubat pahit untuk menyembuh penyakitnya. Pada awalnya, dia merasakan memakan ubat itu seperti memakan  racun tetapi tanggapannya pada ubatan itu akan berubah setelah kesihatannya mula kembali. Tiada lagi dia menggangapnya sebagai racun malahan sebagai suatu nikmat yang sangat perlu. Justeru itu, kita mesti mengubah tanggapan kita pada Takdir. Allah tidak akan menolong kita jika kita tidak menolong diri sendiri. [34]
Bibliography
[1] M Zain Abdullah, Tasawuf Dan Zikir,89 (1995).
[2] Terjemahan Sahih Muslim Bk.1, 224 (1994)
[3] Terjemahan Sahih Muslim Bk.1, 228 (1994).
[4] Asy Syuura (42):51.
[5] At Taubah (9):31.
[6] Thaahaa (20):14.
[7] An Nisa (4):103.
[8] An Nisa (4):116.
[9] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 27.
[10] Haji Muhammad Bukhari Lubis, The Ocean Of Unity, 86 (1993).
[11] Imam Habib Abdulllah Haddad, Nasihat Agama Dan Wasiat Iman,250-251 (2000).
[12] Ahmad Shalaby, Perbandingan Agama Agama2 Yang Terbesar Di India, 61 (1970).
[13] Ibid.
[14] Terjemahan Sahih Muslim Bk.4, 449 (1994)
[15] Al Hadis (Miskatul Masabih), Vol. 4, 5 (1994).
[16] Terjemahan Terjemahan Sunan  Ibnu Majah Bk 1,  31 (1992) .
[17] Imam Ghazali, Ihya Ilumiddin Bk 1, 326 (1981).
[18] Imam Ghazali, Keajaiban hati, 5 (1979); Ihya Ilumiddin Bk. 4,  10 (1981).
[19] Al Araaf (7):179.
[20] Abdul Rahman Mohamed, Zikir Ibadah Yang Disalah Ertikan, 24 (2002)
[21] Imam Ghazali, Minhajul Abidin, 24 (1997).
[22] Imam Ghazali, Munhajul Abidin, 10 (1997).
[23] Imam Ghazali, Keajaiban Hati, 47 (1979).
[24] Al Hadid (57):3
[25] Al Hadid (57):4
[26] Terjemahan Sahih  Muslim Bk. 1, 5 (1994).
[27] Yunus (10):61; Al Qamar (54):52-53.
[28] Al Ahzab (33):62.
[29] Al Kahfi (18):23-24.
[30] Ali Imran (3):128; 154; ;Al Maidah (5):128.
[31] Al Baqarah (2):30
[32] Az Zumar (39):12; An Anaam (6):14.
[33] At Taubah (9):129
[34] Ar Ra’d (13):11


March 30th, 2010 — 04:46 am
Sepatutnya kita dapat mencungkil ilmu, pelajaran dan manfaat-manfaat lain yang terdapat dalam sesuatu genjotan yang datang daripada Qadha dan Qadar namun ini tidak berlaku kerana para ulama kita berpandangan tertutup daripada terbuka.Justeru itu, mereka tidak mengadakan pengkajian mendalam berhubungkait dengan bencana alam (Tsunami, gempa bumi, letupan gunung berapi, taufan dan lain-lain) yang berlaku di seluruh dunia dan bagaimana dapat kita mencegahnya daripada berlaku. Disebaliknya mereka dengan senang mempersalahkan umat Islam bahawa bencana ini berlaku kerana keimanan umat Islam yang sangat lemah dan kerana maksiat berleluasa. Mereka kemudian memperketatkan lagi Syariat Islam yang sudah sedia ketat dan dengan itu umat Islam menderita. Pada waktu yang sama, mereka menyalahkan serta menunding jari ke negara-negara Barat (Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya) yang pada pandangan mereka adalah unsur kesemua maksiat di dunia ini.[1] Dengan itu, ada tercatat dalam Sejarah Islam pembakaran basikal [2], kemusnahan jam bandar [3], rangkaian telefon diranapkan [4], larangan mengunakan pakaian barat [5], larangan membuat senjata serupa Negara-negara Barat[6], penolakan pendidikan sekular [7] dan lain-lain perkara yang ada hubungkait dengan Kebaratan. Sesiapa pun yang tidak patuh pada fatwa ataupun ketetapan mereka akan dihapuskan tanpa pengecualian. Maka Sultan Salim III (Kerajaan Othmaniyah) telah dibunuh kerana mahu membuat senjata ala Barat apabila mereka melarangnya[8] dan utusan Raja Abdul Aziz dibelasah dengan teruk kerana naiki basikal yang kononnya dalam pandangan mereka adalah kenderaan Syaitan[9]. Hampir-hampir mereka membakar Stesyen Radio kalau tidak kerana penyiaran pembacaan Quran di Stesyen Radio itu kerana pada pandangan mereka tidak mungkin Syaitan ( yang menguasai Stesyen Radio itu) membaca Quran [10]. Wanita juga tidak dibenarkan belajar di Universiti tertua di dunia (Al Azhar ) hingga sampai tahun1956 [11].
Para ulama juga kini tidak lagi kembali kepada Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama tetapi hanya bersandar kepada kitab-kitab ulama yang sedia ada (Taqlid). Mereka bertaqlid kepada kitab-kitab yang dikarang oleh imam-imam pilihan mereka[12] natijahnya ialah tertubuhnya mazhab seperti Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki. Sesudah itu mereka menjadi tasub dan sangat fanatik kepada mahzab mereka masing-masing. Dengan ini tercetuslah peperangan di antara mereka yang mengorbankan banyak nyawa, harta-benda, infrastruktur dan lain-lain [13]. Di samping itu juga perbezaan pendapat (khilafiah) di antara mazhab membingungkan umat Islam seperti kedudukkan anjing sebagai haiwan peliharaan, jus anggur sebagai minuman, kaedah rujuk, pemeliharaan janggut, pengunaan jilbab dan lain-lain lagi.
Para ulama dalam usaha mereka untuk memisahkan dunia Islam dengan dunia Barat telah begitu terbawa-bawa dalam usaha mereka itu sehingga mereka menutup pintu ijtihad. Dengan ini, tiada perkara baru yang tidak terdapat dalam kitab-kitab 4 mahzab (Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki) dapat bertempat.[14] Justeru itu semua idea-idea, barangan, ilmu dan lain-lain lagi yang baru terutama yang berbau keberatan ditolak. [15] Ini sungguh-sungguh merugikan umat Islam kerana dengan pintu Ijtihad ditutup perkembangan mental umat Islam menjadi mundur [16] Lebih-lebih lagi jika perkembangan itu berkait dengan dunia Barat.[17]
Sesudah itu, muncul pula Muhammad Abdul Wahhab yang tidak menyenangi tempat-tempat suci seperti keramat-keramat. Maka dimusnahkannya ke semua tempat-tempat ini termasuk monumen-monumen Islam yang bersejarah. [18] Dengan demikian peninggalan sejarah Islam banyak terhapus dan hanya sedikit yang terselamat.
Sebelum timbul Tariqat di akhir abad ketiga Hijrah, ulama Syariah sangat menghormati ahli-ahli Tasawuf yang awal. [19] Namun setelah timbulnya Tariqat berserta pembaruan-pembaruan yang mereka ada-adakan, ulama Syariah mulai mencurigai Tasawuf. [20] Bahkan Imam Syafii [21] dan Imam Hanbal [22] dengan lantang mengutuk mereka ini. Natijahnya, ulama Syariah mengenepikan Tasawuf [23] dan memberi sepenuh perhatian kepada Syariah. Kerana perhatian yang diberi adalah inklusif (tertutup) maka Syariah menjadi ritualistik.[24] Dengan ini, terdapat jurang di antara Syariah dan Tasawuf. Namun Imam Ghazali semasa hayatnya dapat menyatukan jurang ini[25] tetapi setelah ia meninggal dunia jurang antara mereka timbul semula sehingga ke hari ini. [26] Imam Malik sangat prihatin dan susah hati tentang jurang ini. [27] Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani menyeru supaya ada kesepakatan di antara Syariah dan Tasawuf. [28] Baginya, Syariah ialah fakta luaran sedangkan Tasawuf adalah fakta dalaman yang harus digabungkan jika umat Islam ingin menjadi makmur dan berjaya.[29] Sayangnya, jurang ini masih wujud pada hari ini dan kami berharap melalui penulisan kami ini, umat Islam akan menjadi lebih berhikmah dan membuat perubahan yang diperlukan untuk menghapuskan jurang ini.. Sehubungan dengan ini, Hamka ada berkata bahawa sekiranya jurang ini tidak dapat dihapuskan keimanan umat Islam di hari muka akan bertambah lemah lagi. [30]
Ada juga Ulama yang pro-kerajaan dan akan melakukan apa sahaja supaya kedudukan mereka terjamin. Ada juga ulama yang tasub kepada sebuah parti politik serta senang mengeluarkan fatwa dan pendapat yang membantu partinya dan membendung atau mengecewakan parti politik yang lain sekalipun fatwa ataupun pendapat mereka itu bertentangan dengan hukum Islam, kepentingan Islam dan kepentingan umat Islam. Bahkan mereka berani mengkafirkan mereka yang tidak sealiran pendapat dengan mereka. Sesudah itu mereka dan pengikut mereka akan menolak kepimpinan ulama yang yang tidak bersama kem ataupun parti dengan mereka serta akan mengasingkan ulama-ulama ini dalam setiap pertemuan, agama (walaupun dalam menjalankan shalat) atau sebaliknya.
Ada juga ulama tidak boleh terima orang-orang baru atau idea-idea baru atau pendekatan yang baru selagi perkara ini tidak datang daripada mereka ataupun daripada pejabat mereka. Sehubungan dengan ini, mereka akan mewujudkan peraturan-peraturan yang menjadi penghalang kemajuan Ummah seperti semua guru agama mesti berdaftar dengan mereka, nota kuliah atau teks-teks syarahan mesti diluluskan oleh mereka dan pandangan ataupun pendapat yang akan diutarakan tidak boleh bertentangan dengan pandangan dan pendapat mereka. Dengan ini ahli agama yang berada di kem-kem politik yang lain atau mereka yang dilihat sebagai radikal atau tidak patuh kepada mereka atau dilihat sebagai sudah seleweng akan ditolak permohonan mereka untuk mendaftarkan diri untuk menjadi guru atau pensyarah agama. Mereka yang terdaftar di dalam buku daftaran guru-guru atau pensyarah agama itu kebanyakan adalah kroni-kroni dan penyokong mereka yang mana pendapat dan kefahaman keagamaan setengah-setengah mereka amat dicurigai. Dengan cara ini, perkembangan umat Islam terhambat dan mundur.
Kemudian ada juga ulama yang meluluskan fatwa ataupun pendapat untuk memperkayakan diri mereka sendiri. Mereka mengistilahkan “Hadiah” dengan secara luas supaya merangkumi pemberian yang tidak diminta. Justeru itu, rasuah yang tidak diminta tetapi di beri ditetapkan sebagai Hadiah. Bila keputusan ini diterima ramai, rasuah berleluasa; bermulai dari peringkat atasan hingga keperingkat bawahan. Dengan ini, membasmi rasuah adalah satu tugasan yang sukar dijayakan. Malahan mereka yang diberi tugas untuk membasmi rasuah mendapati pekerjaan mereka tidak mendatangkan kebahagian bahkan kehidupan mereka dan orang-orang yang terdekat dengan mereka serta harta-harta mereka terancam.
Di kebanyakan negara Islam, mata pelajaran utama yang diajarkan di madrasah-madrasah adalah mata pelajaran agama. Mata pelajaran sekular bahkan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa ke 2 tidak diberi galakan. Selain itu, Madrasah akan melakukan yang terbaik untuk melindungi pelajar-pelajar mereka daripada terdedah kepada dunia Barat. Apa yang ditekankan kepada pelajar-pelajar madrasah dari hari pertama adalah dunia Barat adalah sonsang serta menjadi unsur kesemua maksiat dan mesti dihindari sebaik mungkin. Dengan ini, pelajar Madrasah membesar dengan keyakinan merekalah bakal ahli syurga dan memandang pada orang lain yang sekongkol dengan dunia Barat dan yang bukan daripada Madrasah sebagai kemungkinan ahli neraka. Mereka juga mudah terpegaruh dengan pidato dan kata-kata yang beremosi ataupun yang merangsangkan terutama daripada guru ataupun ulama agama yang mereka puja. Jika secara kebetulan ulama ataupun guru agama ini cenderung pada keganasan maka tidak perlu kita melihat jauh di manakah pusat merekrut penganas. Mata pelajaran yang diajar di Madrasah-madrasah lebih menekan kepada ukrawi dengan itu tidak menarik dan memikat Syarikat-syarikat, Koporat-koporat dan Pengusaha-pengusaha tempatan ataupun antarabangsa sama ada awam ataupun swasta oleh kerana itulah, banyak daripada kelulusan Madrasah akan menganggur. Ini secara tidak langsung menyuburkan lagi pusat merekrut penganas-penganas. Kata-kata yang menjanjikan kemasukan ke syurga dan kemusnahan Dunia Barat menghasilkan pembunuh nekat. Mereka yang tidak sependapat dengannya akan dibunuh walaupun mangsa itu juga seorang ulama muktabar.
Bagaimana keadaan ini boleh diperbetulkan? Satu hal yang pasti, selama ada peperangan yang melibatkan askar-askar Barat di dalam negara-negara Islam, keadaan seperti yang disebutkan tadi tidak akan terhapus. Begitu juga, selagi permusuhan antara Israel dan Palestin tidak diselesaikan maka dendam kaum muslimin, khususnya di negara-negara sekitarnya, tidak akan reda.
Maka jelaslah, untuk memperbaiki keadaan yang telah disebutkan tadi, dunia perlu meniadakan permusuhan atau peperangan. Untuk melakukannya, semua Negara Islam (jika perlu, dengan bantuan Majlis Negara Negara Islam [OIC]), harus terlebih dahulu meletakkan senjata dan menyalurkan wang yang dibelanjakan untuk persenjataan kepada pembinaan fasarana seperti pembinaan Sekolah rendah, Sekolah menengah, Maktab dan Universiti, pembinaan Klinik-Klinik dan Rumah Sakit, pembinaan jalanraya, kemudahan awam dan lain-lain lagi yang dapat membantu perkembangan dan pembangunan Negara.. Sistem Pendidikan yang dilaksanakan mestilah sealiran dengan aliran Pendidikan seDunia sekarang (Dunia Islam Tak terkecuali), Sistem Penguatkuasaan Undang-undang mestilah stabil dan bebas daripada rasuah, Sistem Cukai mestilah adil dan menarik bagi pelabur, Jabatan-jabatan yang mengendalikan atau mengurus perkhidmatan dan pembangunan awam mesti boleh diharapkan serta bertanggung jawab, pilihlah orang yang berwibawa menguruskan Negara jika perlu berilah ganjaran sejajar dengan kewibaan mereka, Jabatan Perkhidmatan Awam mestilah berjalan dengan lancar, adil lagi saksama, keperluan masyarakat miskin janganlah diabaikan dan mempertingkatkanlah perhubungan Perdagangan dan Antarabangsa.
Pada masa kini Negara-negara Islam yang diporak perandakan oleh perperangan, umatnya telah cukup menderita. Makanan tiada di atas meja, tiada tempat perlindungan, tidak bersekolah, tiada klinik dan rumah sakit untuk merawat yang sakit dan yang cedera, ratapan tiada henti kerana kehilangan orang yang dicintai, penyakit menular, tiada bekalan air, tiada pekerjaan, tiada wang, persekitaran yang kotor dan berbahaya, kadar kematian bayi yang tinggi. Semua ini adalah satu gambaran yang menyedihkan.
Justeru itu, letakkanlah senjata. Mulakan pembangunan negara sekaligus mengembalikan senyuman, makanan di atas meja, kanak-kanak pergi ke sekolah sampai ke pengajian tinggi, pekerjaan dan gaji yang mengalakkan, hasil dalam negeri untuk kerajaan menyediakan keperluan asas yang baik, kesekitaran yang selamat lagi bersih dan kesihatan yang bertambah baiknya. Setelah mengharungi kesulitan yang jerih, perubahan-perubahan ini adalah satu nikmat daripada Allah. Akhirnya, tidak ada lagi pusat merekrut pengganas.
Dengan pintu kesajagatan (globalisasi) terbuka luas, pendidikan dan lapangan kerja di negara-negara lain juga terbuka kepada umat Islam. Selain itu, perdagangan, pelaburan, perniagaan, kewangan dan lain-lain khidmat daripada Negara-negara dunia juga terbuka secara meluas kepada negara-negara Islam yang dapat membantu mereka dalam pembangunan dan kemajuan mereka.
Perkembangan dan kemajuan di Negara Islam mestilah seiring dengan perkembangan dan kemajuan dunia supaya ada kesatuan. Dengan kesatuan ini, Dunia boleh maju kehadapan iaitu menundukkan Angkasa Lepas di mana terdapat kekayaan, kemewahan, yang berlimpah-luah dan planet-planet ala bumi yang tidak terkiranya banyaknya untuk diambil oleh setiap Negara di bumi kita ini tanpa perlu berperang atau bermusuhan. Mereka hanya perlu memilih satu daripada bumi-bumi yang ada itu untuk menjadikan negera berdaulat mereka. Apabila ini terlaksana maka manusia akan sedar bagaimana bodohnya mereka yang sanggup bunuh membunuh di antara kita untuk secebis tanah yang kecil di bumi kita ini.



Bibliografi
[1] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 266 (1996).
[2] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 297 (1996).
[3] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 300 (1996).
[4] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 299 (1996).
[5] Id, 266.
[6] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 298 (1996).
[7] Id, 320.
[8] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 298 (1996).
[9] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 299 (1996).
[10] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 300 (1996).
[11] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 300 (1996).
[12] Taha Jabiral Alwani, Op cit, 122.
[13] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 300 (1996).
[14] Ibid.
[15] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 262 (1966).
[16] Taha Jabiral Alwani, Etika Perbezaan Pendapat Dalam Islam, 121 (1993).
[17] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 320 (1966).
[18] Ibid.
[19] Muhammad Abdul Rauf, op cit, 77.
[20] Muhammad Abdul Rauf, The Muslim Mind, 76 (1994.).
[21] Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq, Penyimpangan Penyimpangan Tasawuf, 29 (2001).
[22] Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq, Penyimpangan Penyimpangan Tasawuf, 30 (2001).
[23] Muhammad Abdul Rauf, Op cit, 118.
[24] Saleh Ahmad Al-Syami, Perjuangan Menegak Al Ghazali Menghapuskan Kebenaran & Kebatilan, 168 (2001).
[25] Id, 169.
[26] Syed Sabiq, Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam, 113 (1978). Dia bahkan menyapa mereka sebagai “Dajjals”.
[27] Sulaiman Hj Mohd Yasin, Mengenal Ilmu taswuf 2, 55 (1992).
[28] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Sirrur Asrar, 17 (1997).
[29] Ibid.
[30] Hamka, Lembaga Hidup, 313 (2001).